Pages

Tuesday, November 29, 2011

Laporan diskusi ekonomi .Insyallah bermanfaat

A)   


 Alhamdulillah, sejak sekian lama fakulti ekonomi dan pentadbiran berada dalam keadaan tidur dengan  idea-idea mahasiswa, kini kita boleh menampakkan sedikit perubahan yang berlaku di fakulti ini dengan menganjurkan satu forum ekonomi untuk membincangkan isu-isu semasa ekonomi yang berlaku di negara kita khususnya.


pada pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri semasa diskusi ekonomi, kami ada menyediakan sedikit laporan berkenaan dengan progam tersebut. Insyallah bermanfaat...

Maklumat AM

Pengarah Program diskusi forum belanjawan 2012: Muhammad Afiq Rabani

Senarai Ahli Panel : Dr.Zarinah Bt Yusof
                                 Prof Dr Md Noor
                                 Ahmad Syazwan

Moderator forum:   Muhammad Afiq Rabani ( mahasiswa tahun ke-2 fakulti ekonomi)

Tempat: Dewaan Kuliah 3, Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran UM

Tarikh: 17 November 2011

Anjuran: Perwakilan Mahasiswa Ekonomi, Majlis Perwakilan Mahasiswa uiversiti malaya sesi 2010/11

Tajuk Diskusi Forum: Sejauhmana Belanjawan Malaysia 2012 memberi perubahan kepada Malaysia, ( Perubahan Dari Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup Serta Implikasi Kepada Mahasiswa Dan Masyarakat )

B)    Perlaksanaan Diskusi Forum

Forum dibahagikan kepada tiga pusingan perbahasan. Pusingan pertama forum, panel diajukan pertanyaan tentang belanjawan 2012 pendapat dan impak belanjawan 2012. Pusingan kedua perbincangan forum bertumpu kepada impak belanjawan 2012 dan peningkatan kos sara kepada mahasiswa dan masyarakat serta peluang kepada mahasiswa melalui belanjawan 2012. Pusingan ketiga kesimpulan belanjawan 2012 serta soalan dan jawapan kepada peserta forum diskusi ekonomi belanjawan 2012.

C)    Resolusi Dan Input Baru Yang Diperolehi
1.      Belanjawan 2012, merupakan sebuah belanjawan yang lebih memfokuskan kepada merangsang pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek contohnya dengan pemberian skim dan insentif pemberian secara one-off.
2.      Bagaimana merendahkan kadar inflasi dan kuasa beli pengguna yang semakin berkurang dan menghantui rakyat?
Kerajaan Malaysia melalui belanjwan 2012 telah memperuntukkan pemberian secara one-off sebanyak Rm500 kepda isi rumah yang berpendapatan di bawah Rm 3000 dan kepada pesara kerajaan seperti bekas tentera dan polis. Pemberian secara one-off ini hanya berupaya meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat hanya dalam jangka masa pendek dan bukan jangka masa panjang.Tidak ada satu jaminan yang konkrit oleh kerajaan Malaysia bagi melaksanakan dasar pengawalan harga barang makanan dan keperluan asas bagi menangani kos sara hidup dan inflasi yang tinggi yang membebani rakyat.
3.      Projek perumahan rakyat yang ingin dilaksanakan kerajaan Malaysia hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja dan tidak dijalankan secara meluas kepada satu Malaysia.
4.      Bagi mengatasi kos peningkatan harga barang keperluan asas seperti bahan makanan kepada rakyat, kerajaan melalaui belanjawan 2012 telah melaksanakan inisiatif menubuhkan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Iaitu  sebuah kedai yang menawarkan barang-barang keperluan dimana harganya 30% lebih rendah dari harga pasaran. Kerjasama ini telah dimenterai oleh kerajaan bersama Mydin Holding selaku penyedia dan pemborong kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia. Tetapi, focus harus diberikan kepada kualiti barang yang ditawarkan disamping meluaskan lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia kepada seluruh daerah dan kawasan di dalam Negara Malaysia. Seperti yang kita ketahui Kedai Rakyat 1Malaysia ini hanya tertumpu di kawasan strategik di kawasan bandar seperti Kuala-Lumpur dan lembah Klang. Rakyat di kawasan luar Bandar yang dihimpit masalah kemiskinan dan kos sara hidup ternanti-nanti akan kehadiran kedai Rakyat ini di kawasan dan negeri mereka.
5.      Pemberian One-off Rm 500 juga dilihat tidak mencukupi bagi meringatkan beban rakyat Malaysia yang dihimpit masalah kenaikan kos sara hidup dan pendapatan di tahap lama. Tiada pengawalan dan pemantauan secara berterusan daripada pihak kerajaan`bagi memantau harga barang keperluan. Rakyat berterusan merasakan tekanan akibat harga barang makanan dan keperluan yang melambung tinggi. Sedangkan pendapatan masih ditakuk lama.

6.      Kenaikan gaji yang diberikan hanya kepada penjawat awam yang berjumlah 1.3 Juta orang. Persoalannya disini bagaimana dengan pekerja yang bukan dari sector awam seperti sector swasta dan bekerja sendiri yang jumlahnya melebihi 10 Juta orang. Masalah tekanan hidup akibat peningkatan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas tidak selesai dengan hanya pemberian insentif kenaikan gaji kepada kakitangan awam. Bagaimana dengan jangka masa panjang, dimana mereka berterusan dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
7.      Disamping itu belanjawan 2012 juga dilihat kkurang dari aspek pembangunan yang seimbang. Belanjawan bernilai RM 232.8 ini tidak sedikitpun memberi fokus kepada membangunkan aspek rohani dan spiritual rakyat. Belanjawan ini lebih memfokuskan kepada membangunkan material dan fizikal seperti didalam ETP greater KL menjadikan lembah Klang hub hiburan malam. Kerajaan tidak memfokuskan untuk membangunkan aspek rohani,akhlak dan integrity rakyat disamping tiada penekanan diberikan untuk menangani gejala social,jenayah dan mewujudkan keamanan. Kegagalan pembangunan spiritual terutamanya dikalangan generasi muda. Harus diingat bahawa jika pembangaunan ditumpukan hanya kepada fizikal semata tetapi melupakan pembangunan spiritual maka pulangan yang diperoleh akan menjadi negatif dan meruntuhkan sumber manusia didalam Negara Malaysia.
8.      Belanjawan 2012 ini juga menekankan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP). Melalui ETP aspek pendidikan telah ditekankan. Kerjasama telah dilakukan bersama Talent Corperation dan mahasiswa melalui program internship. Ini secara tidak langsung mampu memberi satu jaminan pekerjaan dan perolehan pengalaman kepada mahasiswa apabila sudah bergraduasi dari Universiti kelak.
9.      Meneliti laporan dari Bank Negara bagi suku kedua tahun 2011 terhadap Indeks harga Pengguna (CPI) dan tahap inflasi, laporan CPI menunjukkan peningkatan yang drastik iaitu 2.8% kepada 3.4% ini membuktikan kuasa pengguna untuk membeli barangan telah berkurang kesan daripada peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Belanjawan 2012 juga dilihat sebagai sebuah belanjawan yang mengula-gulakan rakyat. Ini terbukti apabila kerajaan memberi tanpa membangunkan masyarakat kita secara terancang dan tidak disebut secara jelas dalam belanjawan ini. Selain itu tiada perancangan konkrit jangka masa panjang untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat.


10.   Selain itu, sebelum ini kerajaan Malaysia telah terbukti gagal menangani  soal ketirisan  dalam pengagihan belajawan tahunan kepada golongan sasaran. Berlakunya rasuah, penyelewengan dan peruntukan kewangan tidak sampai kepada golongan sasaran. Pemberian secara one-Off ini hanya boleh diperolehi rakyat melalui tumpuankan kepada pihak LHDN dan ketua bahagian parti politik disesebuah kawasan atau daerah. Perkara seperti ini yang membimbangkan rakyat.
banyak idea2 ekonomi baru yang dibentangkan oleh para panel dan moderater


D)    Ulasan,Pandangan Atau Cadangan
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa belanjawan 2012 merupakan sebuah belanjawan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa pendek, bagi meredakan kebimbangan rakyat terhadap ketidaktentuan situasi ekonomi global dan peningkatan taraf hidup dan inflasi.
E)    Pelan Tindakan Atau Langkah Effektif Yang Boleh Diambil

1)      Peruntukan yang disediakan kepada golongan mahasiswa sebanyak Rm 200 dalam bentuk vaucer buku adalah tidak mencukupi bagi menanagani kos sara hidup yang tinggi dan yuran pengajian tinggi yang ditanggung mahasiswa. Vaucer dan pemberian wang tunai harus diperuntukkan kepada mahasiswa pada permulaan setiap semester IPTA/IPTS kolej. Hal Ini akan meningkatkan produktiviti mahasiswa dan meringankan beban ibu bapa yang menanggung anak mereka yang masih menuntut di menara gading.
2)      Pengawalan dan pemantauan secara berkala dan drastik harus dilakukan kerajaan bagi mengatasi peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan peningkatan harga barang makanan keperluan asas seperti barang pertanian,gula,susu,minyak masa yang meningkat secara mendadak walaupun subsudi yang besar telah dihulurkan kerajan keatas barang keperluan tersebut.
3)      Kerjaan perlu mewujudkan satu insentif khas dan jelas bagi menjana pertumbuhan ekonomi bagi sektor swasta.
4)      Kedai rakyat 1 Malaysia harus diperluaskan kepada 1 Malaysia dan kualiti barang yang ditawrkan juga harus ditingkatkan.
5)      Kerajaan harus berupaya mengurangkan tahap difisit hutang kerajaan yang ditanggung sekarang sebanyak 4.7% kepada 4,2% seperti yang disyorkan pembangkang.
6)      Kerajaan juga harus memfokuskan sektor baru bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara dan tidak hanya bergantung kepada kemasukan pelabur asing FDI bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sektor swasta, servis, perbankan Islam dan Halal Hub mempunyai potensi yang amat besar untuk dikembangkan lagi dan menajadi enjin penajana pertumbuhan ekonomi negara.
7)      Belanjawan 2012 memfokuskan kepada usaha mempergiat usaha menarik bakat, menyedari hakikat ini kerajaan bagi menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan maka kerajaan telah berusaha untuk menarik, memotovasi dan mengekalkan modal insan yang berkemahirandari dalam dan luar negara. Jesteru langkah kerajaan menubuhkan Talent Corperation dibawah Jabatan perdana Menteri dilihat langkah yang tepat bagi membangunkan pengkalan data tenaga kerja yang berkemahiran melalui national talent blue pint. Ini meningkatkan sumber tenaga manusia berkepakaran di Malaysia yang menjadi faktor penarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia berasaskan daya taraikan tenaga pakar yang Malaysia miliki. Program Internship yang dilakukan Talent Corp bersama sektor swasta perlu diperluaskan dipergiatkan lagi bagi melatih bakal graduan pengalaman dan kemahiran di alam pekerjaan yang sebenar. Ini secara tidak langsuang akan meningkatkan soffskill alam pekerjaan yang akan ditimba mahasiswa sebelum bergradusai dan diterima luas dalam sektor perkerjaan setelah bergraduasi dari Universiti.
8)      Belanjawan ini juga memfokuskan kepada mempergiatkan program latihan dan kemahirtan serta program latihan 1 Malaysia. Diharapkan program ini dapat diperluaskan lagi serta ditambah peruntukan lagi demi mengurangkan kadar pengganguran yang majoritinya golongan belia.
9)      Bagi meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat, kerajaan telah memberi fokus kepada meningkatkan pengeluaran makanan dan industry Agro. Melalui program ini kerajaan akan meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan melalui langkah melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 serta memperuntukkan 1.1 Billion pada tahun 2012 bagi pembangunan sector pertanian. Kerajaan juga telah bertindak secara effektif dengan memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dengan usaha ini kerajaan mensasarkan pendapatan usahawan tani dapat ditingkatkan Serta peruntukan sebanyak RM300 juta telah disediakan.. Kerajaan juga telah melakukan langkah effektif dengan menyediakan program lading kontrak bagi mempastikan bekalan makanan mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh FAMA dimana hasil keluaran akan dipasarkan terus ke pasar tani seluruh Negara. Seramai 4500 usahawan tani akan terlibat dalam kelauasan tanah 7000 hektar. Untuk tujuan ini kerajaan telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM14 juta ringgit.
Segala perancangan ini hanya akan dapat dinikmati rakyat dan masyarakat serta golongan petani dan usahawan tani dalam jangka masa panjang. Oleh itu sebagai cadangan effektif setelah program ini dilaksanakan maka kerajaan harus mewujudkan satu unit khas dibawah FAMA yang akan ditugaskan sebagai FOOD SECURITY SUPERVISON bagi mentau perkembangan sector tani Negara,mengelakkan penyelewengan dalam projek serta peruntukan serta memfokuskan keada penyimpanan stok makanan sekiranya berlaku kecemasan kemeruncingan makanan serta kekurangan stok bekalan makanan seperti apa yang berlaku sekarang apabila harga barangan pertanian melambung dengan mendadak akibat kekurangan bekalan pertanian apabila Thailand dilanda banjir dimana Negara Malaysia banyak bergantung kepada Thailand sebagai pengeksport utama barang pertanian.
10)   Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengankutan Darat dan Udara perlu mengambil langkah effektif bagi menambah baik perkhidmatan awam seperti bas, Tren,komuter dan LRT dengan menambah lebih banyak kemudahan awam tersebut.
memberi sedikit cenderamata kepada  ahli panel




Tuesday, November 22, 2011

Berbudi di Pagi

Ya allah aku banyak dosa dengan mu, engkau terima lah ibadat aku yang sedikit ini, ampunilah dosa aku yang banyak itu.

Alhamdulillah , sudah beberapa bulan tidak menulis di ruangan ini, Allah mengerakkan diriku ini, untuk menulis sedikt sebanyak apa yang dirasakan perlu untuk dikongsi oleh pembaca.

hari ini nak bercakap sedikit berkenaan dengan budi, Siapakan yang paling berbudi kepada kita, sebanyak manakan budi yang diberikan kepada kita, apa yang kita lakukan untuk membalas budi, budi yang manakah yang paling kita ingat.

Allah telah menjadikan kita daripada tiada kepada ada. Adakah kita berterima kasih kepada Allah, padahal inilah budi yang paling besar.

Adakah kiranya kita dapat mengira dan menilai budi Allah itu ? tidak sahabat2, budi Allah banyak kepada kita, walaupun kita membuat dosa kepada Allah, allah tetap menjaga kita ketika tidur, allah tetap memberi kita makan, allah tetap membenarkan kita menghirup udaranya.

Ya Allah, umur aku sekarang mencecah 20an, tidak lagi diketogorikan sebagai kanak-kanak, tapi apa yang aku dah buat utuk membantu islam, apa yang kita dah buat untuk islam. Malunya dirini di hadapanMu ya Allah.

Adakah aku teringat budiMu ya allah, aku lupa, aku tidak menghargai...Teringat kata-kata ustaz aku berkaitan dengan budi ini, beliau mengatakan sekiranya terlalu banyak budi yang kita dapat, ini akan menyebabkan kita lupa kepada orang berbudi kepada kita,  tepat kata-kata ustaz,

emak yang melahirkan kita, budinya amat besar, dikandungnya kita dengan kasih sayang, bila sudah besar, emak lah yang kita lawan.Kita tidak ingat, ataupun buat-buat tidak ingat., sanggup di kalangan manusia ini, mencaci emaknya dengan  kata-kata yang hanya sesuai digunakan untuk orang yang dijamin masuk neraka..subhanallah..

bagaimana budi Allah kepada kita, adakah kita ingat??

kita hanya ingat budi yang sedikit diberikan oleh insan lain kepada kita, seorang kawan memberi pinjam kita duit seratus untuk urusan kita, budi itu lah yang kita ingat dan amat menghargainya..Tidak ada salahnya.

seharusnya kita perlu lebih utamakan  budi yang lebih besar diberikan kepada kita...

ampunkan aku Ya allah...


Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-

1. Apabila engkau mengerjakan solat, beribadah kepada Allah swt maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kami menjaga lidahmu (perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah swt.

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Saturday, June 25, 2011

MAHASISWA DAN KEUSAHAWAN

salam

Sejak akhir-akhir ini , banyak isu yang di bom kan oleh pihak-pihak berkenaan dengan isu anwar yang dituduh melakukan seks yang tidak habis-habis, isu projek lynas, UMNO hilangkan saham bumiputera dan banyak lagi isu yang ditimbulkan.Tidak ketinggalan juga isu yang berlaku di luar negara kita , Contohnya di amerika hari ini yang meluluskan undang-undang untuk perkahwinan sejantina.saya kira isu-isu ini sentiasa diletupkan oleh sesetengah pihak yang berkaitan untuk menjatuhkan pihak yang lain.Hal ini sudah biasa sekarang, mereka menggunakan apa sahaja untuk menjatuhkan lawannya dalam arena politik khususnya yang berlaku dalam negara kita sekarang.saya kira, politik itu dibentuk dengan perangai politikus dalamnya.sekiranya politikus itu berpolitik dengan  cara yang betul (x ada penipuan ) ,politik itu akan dipandang baik,

Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai isu-isu yang sedang berlaku sekarang ini, kerana sudah banyak penerangan dan pandangan yang diberikan oleh orang yang hebat dan tinggi ilmunya.hal ini bergantung kepada kita sebagai mahasiswa yang menjadi agen check n balance.sebagai golongan cerdik pandai , mahasiswa sepatutnya sudah pandai menilai yang mana baik dan buruk .Mahasiswa bijak menilai.

entrepreneur-1

Pada detik ini, saya ingin mengajak pembaca khususnya mahasiswa keluar sekejap daripada isu ini untuk kita membahaskan mengenai keusahawanan..walhal untuk kita membincangkan mengenai keusahawanan juga ia tidak boleh lari daripada politik iaitu pemerintah.

Keusahawana???saya tertarik untuk membincangkan tajuk ini kerana saya kira, ramai lagi masih tidak sedar akan peluang dan ruang yang terdapat dalam bidang ini.Saya pelajar universiti malaya dan setiap mahasiswa um wajib mengambil satu subjek iaitu asas pembudayaan keusahawanan, apa yang saya lihat pada subjek ini ada sedikit kelemahan , objektifnya tepat tetapi dari segi pelaksanaan adalah kurang cekap.Mengapa?hal ini demikian kerana untuk subjek ini, mahasiswa diberikan tempoh selama 2 hari untuk mempraktikan apa mereka belajar.saya tengok kelemahan yang berlaku dalam subjek ini adalah dari segi temphnya, hanya 2 hari.Apa yang boleh dilakukan selama 2 hari?mahasiswa akan membeli barang dengan harga yang murah dan menjualnya kembali dengan harga yang sedikit tinggi.Ini adalah konsep keusahawanan yang salah dan saya tegaskan di sini konsep yang diamalkan oleh mahasiswa itu adalah konsep perniagaan.

Hal ini kerana keusahawan memerlukan konsep  inovasi dan kreatif.mereka perlu membuat perubahan pada barang supaya membentuk satu barang yang lain dan mempunyai fungsi yang berbeza.Temph yang diberiakn selama 2 hari itu adalah tidak cukup untuk mahasiswa mengamalkan konsep kreatif dan inovasi.Inilah perkara biasa mahasiswa amalkan apabila tiba hari kejadian.

Pada masa kini, sesiapa sahaja yang menyambung pelajaran ke iPTA mahupun IPTS, mesti dalam benak kepalanya mahu kerja dengan kerajaan mengikut kursus masing-masing.sekarang ini kita perlu sedar, kita sudah tidak boleh harapkan kerajaan untuk memberi peluang kerja kepada kita.Kita sendiri perlu bijak mengambil peluang yang ada di sekeliling…hal ini kerana, kerajaan sekarang sudah tidak ada ruang untuk beri peluang kerja kepada rakyat.Kita lihat apa yang berlaku sekarang pelajar yang menamatkan pengajian begitu ramai setiap tahun, dan mana mungkin kerajaan dapat menyediakan peluang kerja kepada semua pelajar tersebut

sekiranya kerajaan menambah peluang kerja akan menambahkan masalah birorkrasi (red tape).mengapa saya mengatakan sedemikian .sebagai contoh,

"Minta maaf Encik. Encik kena ikut prosidur yang ada. Ini arahan dari pihak atasan dan saya hanya menjalankan tugas. Saya kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan dan Encik pula kenalah ikut peraturan"

Itulah jawapan daripada kakitangan awam apabila kita mengadu terlampau banyak borang yang perlu diisi disamping banyak sangat unit, bahagian dan jabatan yang perlu disampaikan sesuatu permohonan. Dengan kata lain kerenah birokrasi terpaksa kita lalui walaupun ia terpaksa memakan masa dan perbelanjaan. Itu baru berurusan dengan satu jabatan sahaja. Bayangkan jika permohonan kita melibatkan sehingga 14 jabatan untuk memberikan ulasan seperti permohonan cadangan pembangunan membina resort…

karenah birokrasi juga bukan dalam bidang ekonomi sahaja, malah ia juga melibatkan pendidikan.Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai masalah kewangan telah memohon untuk mendapatkan biasiswa. Belum pun borang permohonan itu dihantar kepada pihak yang berwajib, beliau sudah pun terpaksa melalui pelbagai kerenah birokrasi di peringkat pengurusan universiti. Perlu ada pengesahan si A, si B, perlu ada itu, perlu ada ini. Padahal, apa yang diinginkan itu tak pun diperlukan oleh pemberi biasiswa. Hal ini menyebabkan, pelajar tadi putus asa untuk apply biasiswa tersebut. Hal ini amat merugikan pelajar tersebut. Cemerlang dalam akademik, namun gagal untuk dapatkan bantuan di bumi pertiwi sendiri. .Inilah kondisi yang berlaku pada malaysia kita.

Pada pandangan saya, karenah birorasi ini timbul adalah salah satu sebabnya ialah kerajaan terpaksa mewujudakan satu-satu jabatan atau prosedur yang tidak penting untuk mewujudkan peluang kerja..

Oleh itu , kita sudah tidak boleh mengharapkan kerja datang kepada kita, kita perlu mencarinya dan salah satunya adalah menjadi usahawan.jom_jadi_usahawan_berjaya-266x300

Kita perlu sedar banyak jauh nung di sana, masih banyak tempat khusunya luar bandar masih ketinggalan dari segi pembangunan.kita sebagai mahasiswa perlu banyakkan masa kita turun kepada masyarkat untuk membimbing masyarkat dalam usaha membantu masyarkat untuk pergi lebih jauh dalam konteks keusahawanan.

Wednesday, May 11, 2011

ISU KK2- RESPON MPMUM SESI 2010/2011

 

Pada hari ini, 11 Mei 2011 jam 2.30petang, satu perjumpaan bersama TNC HEP, Prof Datuk Dr Rohana yang turut disertai wakil pentadbiran Kolej Kediaman ke-2 (penyelia) bersama-sama dengan beberapa orang exco daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2010/2011 bagi meminta penjelasan dan resolusi kepada masalah yang berlaku di kk2.

Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam perjumpaan yang berlangsung selama 1jam lebih tersebut. Antaranya termasuklah penempatan 75 pelajar yang menghadiri Roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas, penempatan pelajar-pelajar yang aktif tetapi tidak ditempatkan, sesi rayuan dan Pilihanraya Kolej Kediaman (PRKK). Walaubagaimanapun, kita agak kecewa kerana satu daripada dua tuntutan tidak dapat dilaksanakan memandangkan mereka terpaksa menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan kuota sebenar pelajar-pelajar junior pada semester akan datang.

Berikut merupakan resolusi hasil pertemuan sebentar tadi:

1) Senarai 60 orang pelajar lagi akan dikeluarkan atau diumumkan (ditampal) pada hari Jumaat ini, 13 Mei 2011. Pemilihan 60 pelajar ini berdasarkan cadangan nama yang diberikan oleh Presiden, JTK/JIK/Pengarah Projek

2) Mana-mana pelajar yang merasakan diri mereka pernah memegang jawatan sebagai Pengarah program bagi sesi ini tetapi namanya tidak ada dalam senarai boleh berhubung terus dengan Encik Hilman, Penyelia kk2.

Walaubagaimanapun, wakil pentadbiran kk2 yang turut hadir dalam pertemuan sebentar tadi turut mengakui kesalahan di peringkat pentadbiran kk2 berdasarkan beberapa sebab:

1) Mengakui  tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan pengumuman berkaitan janji untuk menempatkan 75 pelajar terawal ke roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas tanpa membuat perbincangan terlebih   dahulu dengan keseluruhan JTK/JIK kolej. Oleh sebab itu lah, ramai yang tidak 'alert' dengan pengumuman yang dibuat. Justeru, mereka akan cuba untuk tidak mengulangi perkara ini pada masa akan datang.

2) Mengakui tidak memaklumkan terlebih dahulu akan keluarnya senarai nama bagi fasa kedua penempatan pelajar di kolej tersebut pada sesi akan datang sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan senarai yang dikeluarkan kerana terlalu sedikit.

3) Mengakui janji yang telah dibuat oleh seorang penyelia kolej tersebut kepada pelajar-pelajar fasi adalah   kesalahan di peringkat mereka kerana amatlah tidak wajar dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pegawai pentadbiran kolej kediaman tersebut tanpa pengetahuan pentadbiran secara keseluruhannya.

4) Mengakui dari sudut senarai projek yang ditulis oleh pelajar semasa memohon tempoh hari, kesahihan penglibatan seseorang pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak dapat dibuktikan secara sahih kerana ada yang tidak jujur dalam mengisi penglibatan aktiviti/projek.

Justeru, kami di peringkat Exco Penginapan & Kolej Kediaman Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) sesi 2010/2011 akan memastikan penyelarasan sistem merit akan dilaksanakan di setiap kolej kediaman pada masa akan datang. Dan untuk pengetahuan semua, satu buku panduan mata merit sedang dalam proses untuk dikeluarkan pada semester hadapan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bagi menyelaras semula penggunaan mata merit secara telus di setiap kolej kediaman pada sesi akan datang. Justeru, mana-mana pelajar yang bergiat aktif pada semester hadapan baik di dalam kolej mahupun di kampus akan turut mendapat merit untuk menginap di kolej kediaman.

Antara lain yang turut hadir pertemuan tadi  ialah Setiausaha Agung MPMUM, saudara Hawari, Exco Kebajikan, Saudara Shafiq Rohaizad, Exco Luar Kampus merangkap penghuni kk2, Saudara Muhsi dan Exco Penginapan dan Kolej Kediaman , Saudara Firdaus Abdullah dan juga Saudari Intan Shafinaz.  


"BERSAMA BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA"

Friday, May 6, 2011

BROSUR PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS

selepas berbincang dengan pihak HEP yang diketuai Encik Jamaludin Yacop.Pihak pengurusan pelajar luar kampus bersama dengan MPMUM telah bersetuju dalam perkara-perkara berikut.yang kita letakkan dalam brosur di bawah ni.

maaf hanya dapat letak kandungan Brosur

SEBARANG HAL YANG BERKAITAN DENGAN LUAR KAMPUS.ANDA SEMUA BOLEH BERHUBUNG DENGAN  CARTA ORGANISASI DI BAWAH

 

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN

PENGURUSAN PELAJAR YANG MENGINAP DI LUAR KAMPUS

EN. JAMALUDIN YACOB

KETUA PENOLONG PENDAFTAR,

HAL EHWAL PELAJAR

TEL: 03-79677044

FAX:03-79673472

EMEL: hep@um.edu.my

PN.KHALIDAH ADIBAH HASAN.


PEGAWAI PROJEK HEP

Tel: 03- 7967 7068

ABDUL MUHSI BIN RAMLAN

PENGERUSI EXCO LUAR KAMPUS,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

TEL : 013-9579861

EXCO-EXCO

NOR ADYANI BINTI MAT KHOLED (0193672715)

LEONG YU SHENG (0146005288)

MUHAMMAD MUKMIN BIN MASIDIT (0126890743)

 

FUNGSI UNIT PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS:

UNTUK MAKLUMAN

1. Mewujudkan satu pusat data direktori rumah dan kediaman untuk disewa kepada pelajar. Maklumat tersebut dimasukkan ke sesawang interaktif “ Facebook –Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus” dan juga diletakkan di bawah umisiweb.um.edu.my.

2. Mengumpul data taburan pelajar luar kampus setiap tahun bagi memudahkan pencarian dengan memastikan mereka mengemaskini alamat kediaman mereka melalui misisweb dan kajian mengenai keperluan pelajar luar kampus melalui umesurvey.um.edu.my.

3. Menyedia maklumat dan garis panduan penyewaan dengan mewujudkan Buku Panduan Untuk Pelajar Luar Kampus.

4. Memberi khidmat nasihat kepada pelajar luar kampus tentang perkara berkaitan kontrak perjanjian penyewaan rumah.

5. Membantu untuk mendapatkan perabot yang telah dilupus oleh Kolej Kediaman daripada pihak Pengurusan Harta kepada pelajar luar kampus terutama bagi mereka yang mendiami rumah dan bilik yang tidak berperabot.

6. Membina rangkaian hubungan dengan Balai Polis, Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Persatuan Penduduk.

7. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan atau Liason Officer sekiranya berlaku kecemasan, membuat pencarian pelajar sekiranya diperlukan serta menghubungi keluarga atau pihak tertentu jika perlu.

8. Membuat lawatan ke –rumah kediaman pelajar luar kampus bagi membina rangkaian hubungan sosial dengan pelajar dan memantau keadaan kehidupan mereka.

9. Mewujudkan wakil pelajar luar kampus di setiap fakulti dan pusat yang terdiri daripada pensyarah atau staf pengurusan.

10. Mewujudkan Jawatankuasa Tindakan Pelajar Luar Kampus bagi perlaksanaan program dan aktiviti.

11. Menguruskan perlaksanaan bengkel/kursus, ceramah atau latihan dengan kerjasama jawatankuasa pelajar.

12. Menyediakan kertas permohonan bagi kemudahan-kemudahan tambahan kepada pelajar luar kampus di fakulti, pusat atau di Kompleks Perdana Siswa.

INSYALLAH BROSUR YANG LENGKAP AKAN DIEDARKAN PADA SESI AKAN DATANG.

Thursday, May 5, 2011

kabinet MPMUM sesi 2010/2011

 

219229_217166001627920_100000035654038_909641_5608243_o

YANG DIPERTUA                    : MOHD SYAHID ZAINI
NAIB YANG DIPERTUA           : SAW YEE FUNG
TIMB. NAIB YANG DIPERTUA  : SITI NADZIRAH MAJID
SETIAUSAHA                          : HAWARI ZAKARIA
TIMBALAN SETIAUSAHA         : BUKHAIRY SUFIAN
BENDAHARI                            : KELVIN TEE TIN LONG
TIMBALAN BENDAHARI           : ROBIATUL ADAWIYAH JAMALI

KETUA EXCO

KEBAJIKAN                                      : MOHAMAD HAFIZUDIN IDRIS
LUAR KAMPUS                                : ABDUL MUHSI RAMLAN
ALAM SEKITAR                                : RUTH CHOY
PENERBITAN DAN PENERANGAN    : LUQMAN HAKIM BIN MOHD FADZIR
HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN KORPORAT  : DARNISA ABDUL JALIL
KOLEJ KEDIAMAN                            : INTAN SHAFINAZ SHARIFUDIN
SUKAN DAN KEBUDAYAAN              : VINOD A/L MATHIALAKAM
AKADEMIK DAN INTELEKTUAL          : SHAHRUL SHAFIQ BIN ZAMRI
HAL EHWAL WANITA                         : SITI NAJWA HARON
PEMBANGUNAN MODAL INSAN        : MUHAMAD NASRUL ALAM ASH’ARI

Sinar Islam di Fakulti

Allah telah menjadikan manusia ini sebagai khalifah di bumi ini, dan Allah telah menjadikan manusia ini berbeza-beza, ada yang jadi arkitek, guru , polis.tapi apa yang dijanjikan oleh Allah , Allah akan menguji sejauh mana keimana manusia terhadap Nya.Ujian yang dijalankan Allah berlainan mengikut kemampuan manusia .

saya percaya bahawa saya sedang diuji Allah , dengan Allah memberikan sedikit jawatan kepada saya sebagai wakil fakulti..saya yakin di akhirat nanti Allah akan bertanya kepada saya , apa yang saya buat di semasa diberikan sedikit jawatan .Adakah berusaha untuk menyebarkan islam atau sebaliknya.

Alhamdulillah pada tanggal 13 april 2011 , satu program bacaan yasin dan solat hajat perdana berjaya dianjurkan.sekurang-kurangnya bibik islam di fakulti ekonomi yang kian sedikit demi sedikit hilang dihidupkan balik dengan adanya program seumpama ini.

207570_209288589100187_100000571437641_747320_4745552_nsaya berterima kasih kepada yang datang dan kawan-kawan yang berjaya melaksanakan program ini.

Insyallah program-program keislaman akan
diperbanyakkan di fakulti .

Pentingnya Pengkritik

Alhamdulillah , sepanjat kesyukuran ke Allah .malam ini sempat berceloteh sedikit dalam blog ni, yang kira-kira sudah 2 bulan blog ini tidak di update dek kerana mungkin terlalu sibuk dengan urusan di luar.

sejak penulis berkecipung dengan pentadbiran MPMUM  ini, banyak perkara baru yang dapat penulis belajar dan timba daripada sahabat-sahabat kepimpinan yang lain.

memang tidak dinafikan banyak cubaan yang berlaku apabila kita berkecimpung dalam kepimpinan ini.Penulis ingat kata-kata yang diungkapkan Oleh tokoh ulamak dan disampaikan pula kepada penulis melalui YDP MPMUM, iaitu dalam kita memimpin ini, pengkritik itu perlu dan sekiranya dalam kepimpinan kita tidak ada yang mengkritik, kita perlu bermuhasabah balik dengan kepimpinan kita..

kita boleh ambil satu contoh disini, negara mesir yang baru mengalami revolusi rakyat yang mana rakyat bangkit menjatuhkan kepimpinan hosni mubarak.Untuk makluman semasa kepimpinan Hosni Mubarak , beliau menguasai 99% dalam pemerintahan sehinggakan pada musim pilihanraya beliau memenanginya dengan mudah.images

Tapi ada udang disebalik batu, dalam proses pilihanraya mesir, hanya nama beliau sahaja yang ada dalam kertas undi.Oleh itu, mana mungkin beliau tidak menang.Walaubagaimanapun rakyat sedar dan kuasa telah dikembalikan kepada rakyat semula.

ini menunjukkan dalam negara mesir, tiada orang yang boleh mengkritik kerajaan Hosni Mubarak.Sekiranya mengkritik. kemungkinan seseorang itu akan ditahan.ini menyebabkan hosni mubarak yakin yang rakyat boleh menerima pemerintahan beliau.suka atau tidak, pengkritik mestilah ada untuk menambahbaikkan kepimpinan kita.

kemenangan PRO–M di universiti malaya dan bermulanya gerak kerja aku dalam MPMUM

     pada tanggal 21 Feb 2011 , pada saat inilah mengalirnya air mata ku secara tidak sedar.air mata mula berkumpul di kelopak mata dan mengalirkan di pipi satu persatu jatuh di bahu ku.Pada saat ini ramai pemuda/ pemudi yang berpakain oren menyambut kemenangan dengan laungan takbir (Alhuakbar) seta disusuli dengan doa rihdah.Pada saat ini juga aku yakin ramai orang yang mengalirkan air mata atas kemenangan ini.

    aku salah seorang calon yang menang dalam pilihanraya kampus di universiti malaya dengan mendapat mandat daripada golongan intelektual di fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.di samping ini aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa/ mahasiswi yang memberi kepercayaan aku untuk memimpin golongan intelektual di FEA.

    selepas 23 hari kemenangan PRO-M dt UM.semua calon yang telah memnangi kerusi di UM telah dipanggil untuk mesyuarat buat kali pertama di bangunan HEP.Tapi malangnya kemenangan 2 orang calon PRO-M telah ditangguh oleh pihak HEP dengan mengemukakan alasan yang tidak munasabah.jika kita lihat daripada sudut yang demokrasi, untuk makluman Yb yang digantung ialah saudari masturah bin abu bakar dengan saudara tiong.2 orang YB ini telah mendapat mandat lebih daripada 4000 lebih student di university malaya.secara intelektualnya , pennguhan kemenangan ini adalah tidak releven dengan mandat yang diberikan kepada 2 orang ini adalah dengan majoriti yang besar.2 orang ini bukan diundi oleh hep .

    banyak masalah-masalah yang timbul, selama tempoh pembentukan kabinet,berbalik kepada penubuhan kabinet ,sekali lagi aku telah diberi mandat  untuk memegang exco luar kampus.Insyallah aku akan buat yang terbaik.

Saturday, February 5, 2011

sedikit cerpen untuk couple islamic……

hari tue pernah lah juga dengar ustaz azhar mengajar agama kalau tidak silap dekat masjid titian baru bersebelahan dengan kedai buluh terengganu..kebiasaanya lepas mengajar je ustaz azhar akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh hadirin…

salah satu solan yang menarik perhatian saya adalah mengenai couple….kalau x salah lah soalannye mengenai hukum bercouple ini….sebab masih ramai yang berada dlam keadaan ragu2…

disini  saya letakkan soalan yang ditnya kepada ustaz dan dijawab sendiri oleh ustaz….solan yang saya dengar pun mirip macam ni jugaklah.                                                                        

                   images

           ustaz azhar idrus hadiah kepada umat islam di malaysia

Assalamua'laikum ustaz.. apakah hukumnya berpasangan pada masa remaja sedangkan remaja tidak mencukupi syarat untuk berkahwin iaitu dari sudut nafkah zahir..bagaimana ustaz tentang istilah berkawan antara lelaki dan perempuan..apakah yang halal antara mereka dan yang haram..harap ustaz beri penjelasan..

w.salam

Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara'. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.

Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram kelaur bersama tanpa di temani oleh mahram.

Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.

wallahua'lam

jika sudara /saudari nak pengesahan lagi boleh tekan link di bawah

http://ustazazhar.com/v1/munakahat/hukum-remaja-berpasangan.html

jadi sama2 lah kita menyokong dakwah ustaz…blog ustaz klik di bawah

http://ustazazhar.com/v1/

jangan stop baca lagi……..bawah ada lagi..bawah lagi menarik ni…

mengenai cerpen ini pula saya ambik dari satu blog…http://www.fulltimemuslim.com/ boleh klik disini untuk tengok lebih lanjut..

Saya tersentak. Bagi saya cerita ini sangat menakutkan, sedih dan rasa macam nak menangis. Takut sangat jadi seperti Naim dan Nisa. Ya Allah... Jauhkanlah aku daripada ujian seperti ini.
************************************************************

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah apatah lagi dengan thiqahnya yang tinggi. Apabila ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Al-Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.

Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawaduknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya, cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

mahu tahu lebih lanjut……tambah sedikit lagi bacaan…

“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK Surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau,Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

Imannya bersuara.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”

Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

Akal mula campur tangan.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit, Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

Imannya bersuara.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”

Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”

Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”

Dia memberi arahan kepada Nisa.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”

Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

“…ok…”

sikit lagi…teruskan…

 

Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”

Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Thiqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”
Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.” jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:

Salam..


Terima kasih kerana tolong ana..


Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..


Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..


Ukhwah Fillah,


Nisa’

bersabar …..baca lagi……..

 

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama. Balas dia:

Salam,


Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,


Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,


Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?


Moga Allah meredhaai kita,


Dan,salam perkenalan.Ana Naim.


Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan,

“Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

“Takpe,kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas,

“bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas,

“mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?”

Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda ,lalu dia membalas, Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”

Thiqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.thiqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila. Betul Naim gila,gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul,
“kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun, pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Nisa.

Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!” Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”

“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

ok ni last……

“Na’am! Musuh Allah,musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,s ungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak thiqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya. Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,


Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,


Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,


Ayang benar-benar menyintai sayang..


Sepenuh jiwa dan raga ayang..


Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,


Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.


Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.


Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.


Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.


Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.


Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.


Ukhwah Fillah.


Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

tamat….

jadi teman sekalian…semasa saya pergi satu ceramah mengenai budya couple yang dianjurkan oleh mahasiswa universiti malaya ada satu persoalan yang diutarakan kepada penceramah..

             69129_1640323974156_1418491946_1748469_1160696_n

soalannya berbunyi..apakah bnasihat ustaz kepada oarang yang sudah terlanjur bercouple….

ustaz menjawab…ada 2 jalan…

1)berkahwin

2)biarkan dahulu..(pandai2  lah pembaca menghuraikan perkataan ini)

jadi teman2 ..marilah kita sama2 menjauhi hubungan terlarang ini…harap2 teman2 dapat ambik sedikit iktibar….wassalam