Pages

Tuesday, November 29, 2011

Laporan diskusi ekonomi .Insyallah bermanfaat

A)   


 Alhamdulillah, sejak sekian lama fakulti ekonomi dan pentadbiran berada dalam keadaan tidur dengan  idea-idea mahasiswa, kini kita boleh menampakkan sedikit perubahan yang berlaku di fakulti ini dengan menganjurkan satu forum ekonomi untuk membincangkan isu-isu semasa ekonomi yang berlaku di negara kita khususnya.


pada pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri semasa diskusi ekonomi, kami ada menyediakan sedikit laporan berkenaan dengan progam tersebut. Insyallah bermanfaat...

Maklumat AM

Pengarah Program diskusi forum belanjawan 2012: Muhammad Afiq Rabani

Senarai Ahli Panel : Dr.Zarinah Bt Yusof
                                 Prof Dr Md Noor
                                 Ahmad Syazwan

Moderator forum:   Muhammad Afiq Rabani ( mahasiswa tahun ke-2 fakulti ekonomi)

Tempat: Dewaan Kuliah 3, Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran UM

Tarikh: 17 November 2011

Anjuran: Perwakilan Mahasiswa Ekonomi, Majlis Perwakilan Mahasiswa uiversiti malaya sesi 2010/11

Tajuk Diskusi Forum: Sejauhmana Belanjawan Malaysia 2012 memberi perubahan kepada Malaysia, ( Perubahan Dari Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup Serta Implikasi Kepada Mahasiswa Dan Masyarakat )

B)    Perlaksanaan Diskusi Forum

Forum dibahagikan kepada tiga pusingan perbahasan. Pusingan pertama forum, panel diajukan pertanyaan tentang belanjawan 2012 pendapat dan impak belanjawan 2012. Pusingan kedua perbincangan forum bertumpu kepada impak belanjawan 2012 dan peningkatan kos sara kepada mahasiswa dan masyarakat serta peluang kepada mahasiswa melalui belanjawan 2012. Pusingan ketiga kesimpulan belanjawan 2012 serta soalan dan jawapan kepada peserta forum diskusi ekonomi belanjawan 2012.

C)    Resolusi Dan Input Baru Yang Diperolehi
1.      Belanjawan 2012, merupakan sebuah belanjawan yang lebih memfokuskan kepada merangsang pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek contohnya dengan pemberian skim dan insentif pemberian secara one-off.
2.      Bagaimana merendahkan kadar inflasi dan kuasa beli pengguna yang semakin berkurang dan menghantui rakyat?
Kerajaan Malaysia melalui belanjwan 2012 telah memperuntukkan pemberian secara one-off sebanyak Rm500 kepda isi rumah yang berpendapatan di bawah Rm 3000 dan kepada pesara kerajaan seperti bekas tentera dan polis. Pemberian secara one-off ini hanya berupaya meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat hanya dalam jangka masa pendek dan bukan jangka masa panjang.Tidak ada satu jaminan yang konkrit oleh kerajaan Malaysia bagi melaksanakan dasar pengawalan harga barang makanan dan keperluan asas bagi menangani kos sara hidup dan inflasi yang tinggi yang membebani rakyat.
3.      Projek perumahan rakyat yang ingin dilaksanakan kerajaan Malaysia hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja dan tidak dijalankan secara meluas kepada satu Malaysia.
4.      Bagi mengatasi kos peningkatan harga barang keperluan asas seperti bahan makanan kepada rakyat, kerajaan melalaui belanjawan 2012 telah melaksanakan inisiatif menubuhkan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Iaitu  sebuah kedai yang menawarkan barang-barang keperluan dimana harganya 30% lebih rendah dari harga pasaran. Kerjasama ini telah dimenterai oleh kerajaan bersama Mydin Holding selaku penyedia dan pemborong kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia. Tetapi, focus harus diberikan kepada kualiti barang yang ditawarkan disamping meluaskan lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia kepada seluruh daerah dan kawasan di dalam Negara Malaysia. Seperti yang kita ketahui Kedai Rakyat 1Malaysia ini hanya tertumpu di kawasan strategik di kawasan bandar seperti Kuala-Lumpur dan lembah Klang. Rakyat di kawasan luar Bandar yang dihimpit masalah kemiskinan dan kos sara hidup ternanti-nanti akan kehadiran kedai Rakyat ini di kawasan dan negeri mereka.
5.      Pemberian One-off Rm 500 juga dilihat tidak mencukupi bagi meringatkan beban rakyat Malaysia yang dihimpit masalah kenaikan kos sara hidup dan pendapatan di tahap lama. Tiada pengawalan dan pemantauan secara berterusan daripada pihak kerajaan`bagi memantau harga barang keperluan. Rakyat berterusan merasakan tekanan akibat harga barang makanan dan keperluan yang melambung tinggi. Sedangkan pendapatan masih ditakuk lama.

6.      Kenaikan gaji yang diberikan hanya kepada penjawat awam yang berjumlah 1.3 Juta orang. Persoalannya disini bagaimana dengan pekerja yang bukan dari sector awam seperti sector swasta dan bekerja sendiri yang jumlahnya melebihi 10 Juta orang. Masalah tekanan hidup akibat peningkatan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas tidak selesai dengan hanya pemberian insentif kenaikan gaji kepada kakitangan awam. Bagaimana dengan jangka masa panjang, dimana mereka berterusan dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
7.      Disamping itu belanjawan 2012 juga dilihat kkurang dari aspek pembangunan yang seimbang. Belanjawan bernilai RM 232.8 ini tidak sedikitpun memberi fokus kepada membangunkan aspek rohani dan spiritual rakyat. Belanjawan ini lebih memfokuskan kepada membangunkan material dan fizikal seperti didalam ETP greater KL menjadikan lembah Klang hub hiburan malam. Kerajaan tidak memfokuskan untuk membangunkan aspek rohani,akhlak dan integrity rakyat disamping tiada penekanan diberikan untuk menangani gejala social,jenayah dan mewujudkan keamanan. Kegagalan pembangunan spiritual terutamanya dikalangan generasi muda. Harus diingat bahawa jika pembangaunan ditumpukan hanya kepada fizikal semata tetapi melupakan pembangunan spiritual maka pulangan yang diperoleh akan menjadi negatif dan meruntuhkan sumber manusia didalam Negara Malaysia.
8.      Belanjawan 2012 ini juga menekankan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP). Melalui ETP aspek pendidikan telah ditekankan. Kerjasama telah dilakukan bersama Talent Corperation dan mahasiswa melalui program internship. Ini secara tidak langsung mampu memberi satu jaminan pekerjaan dan perolehan pengalaman kepada mahasiswa apabila sudah bergraduasi dari Universiti kelak.
9.      Meneliti laporan dari Bank Negara bagi suku kedua tahun 2011 terhadap Indeks harga Pengguna (CPI) dan tahap inflasi, laporan CPI menunjukkan peningkatan yang drastik iaitu 2.8% kepada 3.4% ini membuktikan kuasa pengguna untuk membeli barangan telah berkurang kesan daripada peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Belanjawan 2012 juga dilihat sebagai sebuah belanjawan yang mengula-gulakan rakyat. Ini terbukti apabila kerajaan memberi tanpa membangunkan masyarakat kita secara terancang dan tidak disebut secara jelas dalam belanjawan ini. Selain itu tiada perancangan konkrit jangka masa panjang untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat.


10.   Selain itu, sebelum ini kerajaan Malaysia telah terbukti gagal menangani  soal ketirisan  dalam pengagihan belajawan tahunan kepada golongan sasaran. Berlakunya rasuah, penyelewengan dan peruntukan kewangan tidak sampai kepada golongan sasaran. Pemberian secara one-Off ini hanya boleh diperolehi rakyat melalui tumpuankan kepada pihak LHDN dan ketua bahagian parti politik disesebuah kawasan atau daerah. Perkara seperti ini yang membimbangkan rakyat.
banyak idea2 ekonomi baru yang dibentangkan oleh para panel dan moderater


D)    Ulasan,Pandangan Atau Cadangan
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa belanjawan 2012 merupakan sebuah belanjawan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa pendek, bagi meredakan kebimbangan rakyat terhadap ketidaktentuan situasi ekonomi global dan peningkatan taraf hidup dan inflasi.
E)    Pelan Tindakan Atau Langkah Effektif Yang Boleh Diambil

1)      Peruntukan yang disediakan kepada golongan mahasiswa sebanyak Rm 200 dalam bentuk vaucer buku adalah tidak mencukupi bagi menanagani kos sara hidup yang tinggi dan yuran pengajian tinggi yang ditanggung mahasiswa. Vaucer dan pemberian wang tunai harus diperuntukkan kepada mahasiswa pada permulaan setiap semester IPTA/IPTS kolej. Hal Ini akan meningkatkan produktiviti mahasiswa dan meringankan beban ibu bapa yang menanggung anak mereka yang masih menuntut di menara gading.
2)      Pengawalan dan pemantauan secara berkala dan drastik harus dilakukan kerajaan bagi mengatasi peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan peningkatan harga barang makanan keperluan asas seperti barang pertanian,gula,susu,minyak masa yang meningkat secara mendadak walaupun subsudi yang besar telah dihulurkan kerajan keatas barang keperluan tersebut.
3)      Kerjaan perlu mewujudkan satu insentif khas dan jelas bagi menjana pertumbuhan ekonomi bagi sektor swasta.
4)      Kedai rakyat 1 Malaysia harus diperluaskan kepada 1 Malaysia dan kualiti barang yang ditawrkan juga harus ditingkatkan.
5)      Kerajaan harus berupaya mengurangkan tahap difisit hutang kerajaan yang ditanggung sekarang sebanyak 4.7% kepada 4,2% seperti yang disyorkan pembangkang.
6)      Kerajaan juga harus memfokuskan sektor baru bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara dan tidak hanya bergantung kepada kemasukan pelabur asing FDI bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sektor swasta, servis, perbankan Islam dan Halal Hub mempunyai potensi yang amat besar untuk dikembangkan lagi dan menajadi enjin penajana pertumbuhan ekonomi negara.
7)      Belanjawan 2012 memfokuskan kepada usaha mempergiat usaha menarik bakat, menyedari hakikat ini kerajaan bagi menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan maka kerajaan telah berusaha untuk menarik, memotovasi dan mengekalkan modal insan yang berkemahirandari dalam dan luar negara. Jesteru langkah kerajaan menubuhkan Talent Corperation dibawah Jabatan perdana Menteri dilihat langkah yang tepat bagi membangunkan pengkalan data tenaga kerja yang berkemahiran melalui national talent blue pint. Ini meningkatkan sumber tenaga manusia berkepakaran di Malaysia yang menjadi faktor penarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia berasaskan daya taraikan tenaga pakar yang Malaysia miliki. Program Internship yang dilakukan Talent Corp bersama sektor swasta perlu diperluaskan dipergiatkan lagi bagi melatih bakal graduan pengalaman dan kemahiran di alam pekerjaan yang sebenar. Ini secara tidak langsuang akan meningkatkan soffskill alam pekerjaan yang akan ditimba mahasiswa sebelum bergradusai dan diterima luas dalam sektor perkerjaan setelah bergraduasi dari Universiti.
8)      Belanjawan ini juga memfokuskan kepada mempergiatkan program latihan dan kemahirtan serta program latihan 1 Malaysia. Diharapkan program ini dapat diperluaskan lagi serta ditambah peruntukan lagi demi mengurangkan kadar pengganguran yang majoritinya golongan belia.
9)      Bagi meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat, kerajaan telah memberi fokus kepada meningkatkan pengeluaran makanan dan industry Agro. Melalui program ini kerajaan akan meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan melalui langkah melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 serta memperuntukkan 1.1 Billion pada tahun 2012 bagi pembangunan sector pertanian. Kerajaan juga telah bertindak secara effektif dengan memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dengan usaha ini kerajaan mensasarkan pendapatan usahawan tani dapat ditingkatkan Serta peruntukan sebanyak RM300 juta telah disediakan.. Kerajaan juga telah melakukan langkah effektif dengan menyediakan program lading kontrak bagi mempastikan bekalan makanan mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh FAMA dimana hasil keluaran akan dipasarkan terus ke pasar tani seluruh Negara. Seramai 4500 usahawan tani akan terlibat dalam kelauasan tanah 7000 hektar. Untuk tujuan ini kerajaan telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM14 juta ringgit.
Segala perancangan ini hanya akan dapat dinikmati rakyat dan masyarakat serta golongan petani dan usahawan tani dalam jangka masa panjang. Oleh itu sebagai cadangan effektif setelah program ini dilaksanakan maka kerajaan harus mewujudkan satu unit khas dibawah FAMA yang akan ditugaskan sebagai FOOD SECURITY SUPERVISON bagi mentau perkembangan sector tani Negara,mengelakkan penyelewengan dalam projek serta peruntukan serta memfokuskan keada penyimpanan stok makanan sekiranya berlaku kecemasan kemeruncingan makanan serta kekurangan stok bekalan makanan seperti apa yang berlaku sekarang apabila harga barangan pertanian melambung dengan mendadak akibat kekurangan bekalan pertanian apabila Thailand dilanda banjir dimana Negara Malaysia banyak bergantung kepada Thailand sebagai pengeksport utama barang pertanian.
10)   Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengankutan Darat dan Udara perlu mengambil langkah effektif bagi menambah baik perkhidmatan awam seperti bas, Tren,komuter dan LRT dengan menambah lebih banyak kemudahan awam tersebut.
memberi sedikit cenderamata kepada  ahli panel




Tuesday, November 22, 2011

Berbudi di Pagi

Ya allah aku banyak dosa dengan mu, engkau terima lah ibadat aku yang sedikit ini, ampunilah dosa aku yang banyak itu.

Alhamdulillah , sudah beberapa bulan tidak menulis di ruangan ini, Allah mengerakkan diriku ini, untuk menulis sedikt sebanyak apa yang dirasakan perlu untuk dikongsi oleh pembaca.

hari ini nak bercakap sedikit berkenaan dengan budi, Siapakan yang paling berbudi kepada kita, sebanyak manakan budi yang diberikan kepada kita, apa yang kita lakukan untuk membalas budi, budi yang manakah yang paling kita ingat.

Allah telah menjadikan kita daripada tiada kepada ada. Adakah kita berterima kasih kepada Allah, padahal inilah budi yang paling besar.

Adakah kiranya kita dapat mengira dan menilai budi Allah itu ? tidak sahabat2, budi Allah banyak kepada kita, walaupun kita membuat dosa kepada Allah, allah tetap menjaga kita ketika tidur, allah tetap memberi kita makan, allah tetap membenarkan kita menghirup udaranya.

Ya Allah, umur aku sekarang mencecah 20an, tidak lagi diketogorikan sebagai kanak-kanak, tapi apa yang aku dah buat utuk membantu islam, apa yang kita dah buat untuk islam. Malunya dirini di hadapanMu ya Allah.

Adakah aku teringat budiMu ya allah, aku lupa, aku tidak menghargai...Teringat kata-kata ustaz aku berkaitan dengan budi ini, beliau mengatakan sekiranya terlalu banyak budi yang kita dapat, ini akan menyebabkan kita lupa kepada orang berbudi kepada kita,  tepat kata-kata ustaz,

emak yang melahirkan kita, budinya amat besar, dikandungnya kita dengan kasih sayang, bila sudah besar, emak lah yang kita lawan.Kita tidak ingat, ataupun buat-buat tidak ingat., sanggup di kalangan manusia ini, mencaci emaknya dengan  kata-kata yang hanya sesuai digunakan untuk orang yang dijamin masuk neraka..subhanallah..

bagaimana budi Allah kepada kita, adakah kita ingat??

kita hanya ingat budi yang sedikit diberikan oleh insan lain kepada kita, seorang kawan memberi pinjam kita duit seratus untuk urusan kita, budi itu lah yang kita ingat dan amat menghargainya..Tidak ada salahnya.

seharusnya kita perlu lebih utamakan  budi yang lebih besar diberikan kepada kita...

ampunkan aku Ya allah...


Kata Lukman Al-Hakim : "Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka :-

1. Apabila engkau mengerjakan solat, beribadah kepada Allah swt maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kami menjaga lidahmu (perkataanmu).

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah swt.

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.