Pages

Wednesday, March 21, 2012

KEWUJUDAN NEGARA PERINDUSTRIAN MEMBERI KESAN KEPADA NEGARA MAJU.

Menurut  Pusat Rujukan Persuratan Melayu,negara industri baru adalah sekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Negara Industri Baru juga adalah negara-negara yang ekonominya belum mencapai kedudukan Dunia Pertama tetapi dari segi makroekonomi, jauh mengatasi negara –negara membangun yang lain. Antara ciri lain negara industri baru adalah negara-negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat di mana kebiasaannya berorientasikan eksport. Pengindustrian baru atau sedang berjalan adalah suatu tanda sebuah negara industri baru. Selain itu, kebiasaannya pertumbuhan yang dialami oleh negara-negara tersebut adalah dari sektor pertanian ke sektor perindustrian di mana mereka menyedari kepentingan  industri dalam pembangunan dan bagi meningkatkan pendapatan dalam negara.




Antara contoh negara yang diklafikasikan sebagai negara industri baru ialah China, India, Malaysia, Mexico dan sebagainya. Negara maju pula merupakan negara-negara yang dikira menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Salah satu ukurannya ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya boleh diterima sebagai negara maju. Satu lagi ukuran ekonomi ialah pengindustrian, iaitu negara-negara yang ekonominya dikuasai oleh sektor tertier dan kuaterner boleh diterima sebagai negara maju.
Kewujudan negara industri baru ini memberikan kesan yang positif ke atas negara maju yang lain dimana dengan adanya hubungan yang baik sesama mereka menyebabkan perdagangan bebas dapat berlaku. Negara- negara tersebut dapat mengeksport dan mengimport pelbagai produk mahupun servis yang berlainan dan berkualiti bagi meningkatkan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Sebagai contoh, dengan kejayaan negara-negara seperti China, India dan Mexico di mana dapat meningkatkan kadar pertumbuhan per kapitanya  sebanyak 4%. Selain itu, hubungan yang baik juga membolehkan lokasi atau tempat memasarkan produk dapat diperluaskan dengan mudah dan cepat.
Kemajuan teknologi di negara maju dan pesat telah menggugat negara-negara industri. Hal ini mendorong negara-negara industri mengambil inisiatif  dengan mengimport teknologi dari negara-negara maju dan mengembangkannya di negara-negara industri itu sendiri. Negara industri tidak lagi perlu bergantung kepada negara maju dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan disebabkan adanya teknologi yang setanding dengan negara maju. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dan seterusnya dapat mengurangkan import dari negara maju kerana barang dan perkhidmatan yang dikeluarakan oleh negara maju boleh dikeluarkan oleh negara perindustrian itu sendiri. Sebagai contoh, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia menyatakan, pertumbuhan diantara negara adalah tidak setara, khususnya dalam negara perindustrian dengan negara maju, pertumbuhan negara bagi negara yang berpendapatan tinggi adalah 2.8% manakala, negara-negara maju mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan seperti Jepun (3.9%), AS(2.8%) dan EU(1.8%).
Seterusnya dengan adanya negara industri baru juga akan dapat mengatasi masalah pengangguran. Hal ini demikian kerana, negara-negara ini pastinya dalam usaha untuk membangunkan pelbagai industri dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Hal ini seterusnya pasti akan membantu dalam meningkatkan pendapatan di mana dengan kurangnya kadar pengangguran dalam negara tersebut. Sebagai contoh, Malaysia mencatat peningkatan yang signifikan dalam bilangan projek dan pelaburan dalam sektor pembuatan. Sejumlah 910 buah projek pembuatandengan jumlah pelaburan bernilai RM47.18 bilion telah diluluskan berbanding 766 buah projek pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai RM32.64 bilion pada 2009. Projek-projek yang diluluskan pada 2010 dijangka mewujudkan sebanyak 97,319 peluang pekerjaan, di mana 74.2% adalah dalam kategori pengurusan, teknikal dan penyeliaan serta pekerja mahir.
Selain itu, dengan hubungan yang baik antara negara industri baru dan negara maju pastinya dapat membantu dalam mendapatkan pelbagai modal menerusi pelabur-pelabur asing. Pelaburan asing diihat mendatangkan kesan positif dalam pembentukan stok moda, pemindahan teknologi, meningkatkan peluang pekerjaan serta membantu dalam meningkatkan pendapatan negara. Sebagai contoh, Malaysia telah berjaya menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam sektor pembuatan yang berjumlah RM29.06 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 31.2% berbanding hanya RM22.14 bilion pada 2009. Pelaburan asing dalam projek-projek baru dan projek pembesaran/pelbagaian masing-masing berjumlah RM11.71 bilion dan RM17.35 bilion. Hal ini akan memberi bonus kepada peningkatan dalam pendapatan negara kita.
Namun begitu, dengan  kewujudan negara industri baru ini turut memberi kesan negatif ke atas negara maju disebabkan oleh persaingan yang meningkat telah mengakibatkan industri di negara maju yang telah sedia semakin mundur. Peluang pekerjaan yang meningkat di negara industri baru menyebabkan ramai penduduk di negara maju berpindah dan mencuba peluang di negara tersebut. Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara maju memaksa mereka untuk mencari peluang pekerjaan di negara industri secara tidak langsung menyebabkan pendapatan dalam negara maju semakin merosot.
Selain itu juga, pertambahan negara-negara industri menyebabkan tenaga buruh bagi negara maju akan berkurangan. Keadaan ini berlaku kerana apabila berlakunya pertambahan negara-negara industri yang baru, pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh negara industri akan meningkat dan seterusnya mengurangakan import dari negara maju. Barang dan perkhidmatan negara maju akan berkurangan disebabkan oleh pengurangan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Jelaslah kemunculan negara-negara industri baru memberi kesan pengurangan penggunaan tenaga buruh di negara maju dan sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran di negara maju. Sebaliknya berlaku di negara negara industri. Pengangguran di negara industri dapat dikurangkan kerana barang dan perkhidmatan di negara industri meningkat maka penggunaan guna tenaga buruh juga meningkat. Sebagai contoh, negara China yang pada hari dipercayai masih lagi mengamalkan sistem merkantalisme yang mana akan meminimunkan kos dan akan memaksimunkan pengeluaran. Sistem ini telah meletakkan tenaga buruh berada pada kadar upah yang rendah walaupun negara China diketogorikan sebagai negara maju. Oleh itu, upah yang tidak berpatutan ini menyebabkan migrasi tenaga buruh pakar ke luar negara.
Negara industri baru kebanyakkannya mengamalkan pengurangan dalam penggunaan barang import. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan barangan yang dihasilkan oleh negara itu sendiri bagi meningkatkan ekonomi negara mereka. Pengurangan dalam barangan import dari negara maju menyebabkan negara maju mengalami kejatuhan dalam hasil eksport mereka. Sebagai contoh, pada tahun 2008, Malaysia telah mengurangkan jumlah import makanan dari luar. Hasilnya, Malaysia telah berjaya mengurangkan pengaliran mata wang keluar sebanyak RM 14 billion pada tahun 2009 berbanding RM 28 biliion pada tahun 2008. Kesannya negara maju mengalami defisit dalam eksport barangan mereka.
Negara perindustrian baru ini kesan daripada globalisasi yang berlaku dalam negara mahupun luar negara. Kewujudan negara perindustrian ini membawa banyak manfaat kepada negara mahupun sumber manusia. Hal ini demikian kerana, perkembangan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan, pasaran barangan semakin besar dan membawa kepada peningkatan dalam pendapatan negara. Walaubagaimanapun, kewujudan negara perindustrian ini sedikit sebanyak membawa kesan negatif kepada negara maju. Negara maju akan terkesan sedikit dari segi pasaran barangan mereka dan sekaligus akan memberi kesan kepada pendapatan negara mereka. Jika dibandingkan kesan positifnya lebih banyak berbanding kesan negatif. Setian negara ada matlamat masing-masing dan tidak terkecuali dengan negara Malaysia yang ingin menjadikan negara malaysia maju dalam setiap aspek menjelang 2020 dalam wawasan 2020. Oleh itu, dengan manjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian baru adalah salah satu cara dalam menuju wawasan 2020.